BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 25, 2012

Saat Raisha Dilahirkan..

k.. continue citer yang tergantung tu yer..

Hubby sampai hospital dalam kul 8mlm.. tak lama lepas tu nurse dtg bawak aku masuk labour room.. Hati berdebar tuhan saja yang tahu kan.. Tapi masa tu pun masih belum sakit sgt lagi. aku boleh bersembang2 dengan nurse ngan hubby yang setia menemani kat sebelah aku masa tu. Kebetulan doktor pakar masa tu tak available. Tggu punya tggu doktor pun masuk bilik.. Masa tu dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.. Hubby kat sebelah tak putus2 bagi semangat pada aku. sentiasa memberi kata dorongan. dan sentiasa menghuluirkan air untuk aku minum sbb haus.. hehehe...

Doktor pecahkan pecahkan air ketuban. Lepas tu.. hurm.. hanya tuhan saja tahu betapa sakit nyer aku waktu tu. contaction dah semakin kerap. Adoi.. masa ni tuhan saja yang tahu kan betapa sakitnyer hendak bersalin. setelah berjuang hampir sejam jugak la akhirnya aku berjaya.. sucsess.... hehehe.. ni dia keadaan Raisha masa tu...



Masa tu hanya tuhan jgk la yang tahu betapa leganya selepas bertarung nyawa mengeluarkan seorang insan ke dunia ni. fuh!! Hubby cepat2 amik video ni .. pastu sia kene marah dengan doktor pakar tu.. sbb amik video todak dibenarkan hanya boleh amik gambar jer...

Akhirnya aku telah selamat..

Masa ni Raisha sedang dibersihkan oleh kakak2 misi kat sana...


Raisha dengan papa nyer yang tercinta..

Ok.. Begitula alkisah nyer aku dengan Raisha yang mmg merupakan saat-saat paling indah dalam hidup.. Aku sangat2 bersyukur kerana dianugerahkan seorang bayi yang begitu comel sekali.

Nant aku update lagi yer.. byk kisah yang menarik untuk dikongsi dengan blogger...


0 comments: