BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 20, 2012

Lama Tak Update Blog...

Hai semua, lama betul tak update blog.. bukan nyer apap.. tak ader masa nak buka dan menaip.. mmg tak der mood langsung nak meng update... byk hal yang nak diceitakan.. tapi mcm biasa , tak tahunak mulakan yang mana satu... hehehehe...

bab nak pikir nak taip and cerita apa menjadi kebuntuan diri.. ish ish.. aku sebenarnya nak upload bayak gmbr untuk tontonan semua tapi citernyer aku skg kat opis.. so tak leh nak upload sgt la sbb hardisk tak bawak.. mungkin lenkali bila dah free...

esok dah start puasa.. ni tahun pertama dengan anak kecil ku Raisha ni... tak tahu la macam mana rupanya time nak berbuka & bersahur.. huhuhu.. mesti kecoh punyalah...  aku harap aku dapat tangani nyer nnt..

persiapan untuk menyambut ramadha ni tak la semeriah mana.. persiapan dapur masih belum lengkap.. mgu lepas aku & hubby igt nak balik kampung gadek untuk beli lauk basah, tapi tak kesampaian.. rupanya, xder sape kat kampung.. so, ditangguhkan la niat suci murni tu... kami bemula dengan apa yang ada dulu kat rumah...

TAPI, heheeh persiapan untuk raya dah 60%.. baju raya baby raisha & eyin siap sudah... baju papanya & mamanyer.. pun sudah ditempah.. amin... tak payah nak pening2 bulan puasa kuar cari baju raya bagai..
sumenyer tggu siap jer... syukur..

oklah,.. xder idea dah.. heheh..
nanti smbg lagi yer..

Friday, March 16, 2012

Hai semua,

Minggu lepas mak mentua ke Mekah, ader la buat kenduri doa selamat untuk saudara mara dtg berkunjung di pagi Ahad. Aku macam biasa tetamu terawal dtg. nak tolong siapkan apa2 yang patut. Makanan mmg sedap, tapi diorder saja oleh ipar2 ku. Yang best nyer diaorg order semua makanan kat satu kedai di Cyberjaya, kedai orang Kelantan. Dan tugasku pulak, siapkan budu dengan rencah2 nyer. Tapi tak plak sempat nak snap gambar.


Thursday, March 15, 2012

Sambungan nyer...

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku ader cerita nak kongsi dengan semua. Igt lagi tak pasal product shaklee yang aku ckp tempoh hari pasal supplement untuk bykkan susu ibu. Aku dah try product ni. Masuk hari ni dah 4 hari aku makan. Tapi masih belum ader aper2 perubahan lagi. Cuma susu yang di pam tu bertukat warna mcm nak hijau kuning gitu.. Mungkin di sebabkan Alfafa yang aku amik tu. Org ckp khasiatnyer turun kat susu... MMG pon...

Aku ader amik gambar nya, tapi nnt la aku upload... sekarang mood ader nak menulis tapi masa jer tak der... Aku nak bersenang2 ngan encik hubby menonton tv.. huhuhu...

Nanti rajin aku update lagi result dia pasal susu ni ngan gambarnyer sekali..

Daaaa...

Wednesday, March 7, 2012


Sila klik link kat atas tu untuk tahu dengan lebih lanjut pasal product ni.
Pasti Berkesan. Aku baru nak start mencuba disebabkan kekurangan susu sekarang ni. Kesian pulak aku dengan puteriku yang dirumah ni. Hari ni pam pun baru dapat 6oz. Cedih sgt tau.
Hasil pam hari ni..

Bila aku terbaca blog2 si ibu2 yang telah berjaya menghasilkan stok2 EBM ni, aku jadi teruja nak join sekali. Maklum la, Raisha skg masih lagi Brest Feeding. Cuma sekarang ni susu macam kurang dihasilkan. Mungkin disebabkan tekanan ditempat kerja or etc. Aku pun tak berapa pasti. Yang aku pasti aku nak cuba hasilkan susu yang byk seperti ibu2 lain yang berjaya menggunakan product ni.

Product ni mmg byk catergory, so aku nak cuba Set B. Set B ni terdiri daripada Vit C, Vit B, Alfafa & Vitalea. Aku pun tak tahu ape kebenda nya tu.. hehehe... Untuk Set B ni RM80.00. Murah, sbb tu nak cuba yang tu dulu.

Ok semua, aku cuba dulu product Set B ni. Nanti hasilkan aku share ngan semua ok.

Sekian Terima Kasih..

Amin..

Selamat Mencuba Enny...

Cayoo Cayoo...

P/S: Untuk keterangan lanjut bolehla join blog Mommy Iskandar yer...

16 Fakta Menarik Bayi Baru Lahir
 
1.Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2.Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3.Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4.Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5.Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6.Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7.Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8.Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9.Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10.Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11.Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12.Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15.Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16.Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Thursday, March 1, 2012

KAPMA 2011

Anda semua tahu tak apa itu KAPMA? haa... kalu nak tahu KAPMA ada Kelab Automotif Produa Malaysia. Kelan untuk semua pengguna kereta produa kat Malaysia ni.

Kelab ni kalu setiap tahun akan mengadakan Roadtour. Macam buat tast la, sukaneka la, macam2 la. Macam2 task nak kene buat sebelum sampai ke destination yang dituju. Contohnya untuk taahun 2011 KAPMA ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Dari KL kiat bertolak dari pukul 8am ke Melaka. SEbelum ke Melaka kene lah berhenti ke Pit Stop yang disediakan. Best jugakla. So pada sesiapa yang pakai kete produa yang masih belum berdaftar boleh mendaftarkan kenderaan anda di Kelab Produa. So tahun ni boleh la join sekali. Untuk tahun ni aku masih belum pasti kemana pulak destination kali ni. Mungkin ke Pahang, atau mungkin ke Kelantan or mungkin ke Perak. Kita tggu jer la nnt.

Untuk KAPMA kita akan disediakan tempat penginapan yang 1st class tau. Makan minum ditanggung. Breakfirst, Lunch & Dinner. Malam pertama di hotel, ader Dinner. Siap ade artis jemputan lagi, ade jugak cabutan bertuah. Tapi yang paling best walaupun cabutan bertuah, tetapi setiap peserta mesti akan dapat hadiah jugak.

Mari kita tgk photo2 yang telah dia candit semasa KAPMA 2011.

 Muka Cik Hubby Kene Makan Dodol
 Nyum Nyum..
 Last Kopek nih..
 Task : Setiap peserta diwajibkan menghabiskan 2 bekas dodol. Satu setiap orang.
 Memang masa ni dah terpikir, inilah kali terakhir aku makan dodol.. hehehe
Ini masa Pit Stop untuk task Bola Padang.. Kat Muzium Lukut, Negeri 9

Dalam petang jugakla baru smpi kat Bandar Melaka. PENAT? mmg penat giler.. Tapi fun & enjoy. So malam tu ade dinner.... Atris undangan saper? Nadia AF.. tapi sory la.. xamik pun gambar nadia tu... buat semak jer camera.. hehehe

  
 
 Hadiah nyer. Aku and hubby dapat Steamer Iron, kakar ipar pulak dapat hair dryer...
 Oh ya, tak lupa dapat gelas Ikea yng warna warni tu dalam troller Raisha..

Kesian anak mama masa ni tak leh tido sbb suasan bising sgt2. dah la masa tu dia baby sgt2 lagi.. umur Riasha masa ni belum pun samapai 50 hari. Mama nyer pulak baru habis pantang.. huhuh

Keesokkan Harinya, hari melawat Bandar Melaka.
Naik Beca & Naik Cruise

 






 





Sekian...


Wednesday, February 29, 2012

Apad Android

Selamat Tengahari to all..

Hari ni nak update pasal sekarang ni org sume sibuk pasal Ipad kan... ni aku pula nak citer pasal Apad... apaa barang nyer... haa... ni dia

Apad Android
Here's the specs given on the site:


-CPU: Rockchip 2808A 600MHz / 500MHz DSP (Dual-Core)
-RAM: 128mb ROM: 4GB (2GB-32GB optional)
-TF card extension maximal 16GB
-7.0 inch WVGA 800*400 pixels touch screen
-WIFI support 802.11b/g
-Google map
-Browser: Google Browser
-Video support: MKV, AVI, RM/RMVB, FLV, MPEG-1, MPEG-2
-Music support: MP3, WMA, APE, FLAC, AAC, AC3, WAV
-Photo support: JPEG, BMP, GIF, PNG, TIFF
-G-sensor support
-Built-in 3000mAH rechargeable battery
-Dimensions (L*W*H): 190.5*118.5*14.7 mm
-weight: 332g

Semalam aku ader la tanya sorang kakak ni yang mmg bergiat pantas bab2 online sale ni... hari2 ader jer barangan yang di postkan kat facebook. So aku terpandang la satu iklan yang aku dah postkan kat atas tu.. Iaitu APAD ANDROID. Aku berkenan ni sbb nak beli tuk puteri kesayanganku Raisha, sbb dia suka tgk video kanak2 kat youtube... tu yang nak beli tu...

Aku booking awal2 ngan kakak tu sbb dalam hati mmg nak beli.. Rupanya bukan aku sorang jer yang minat. Ramai jugak yang minat sbb dia jual harga promosi RM350.00 jer.. sampaila 5 March ni. Pastu harga dia jual nnt mungkin dalam RM600++. So cepat2 order. Member kat sebelah ckp minat tapi tak bagi kata putus. So hari ni call, stok dah habis tuk harga ni. Punya lah frust menonggeng member aku ni.. Tapi tak pe.. Aku dah try bodek kakak tu supaya dapat beli lagi satu tuk harga promosi tu.. huhuhu...

Oklah.. ni update masa kat ofis. Hati tak senang sbb takut bos masuk lak.. Kang nnt kantoi.. hehehe

Arios Amigos

Sunday, February 26, 2012

Berpantang

Kalau nak citer kisah dalam pantang tu tak der la byk sgt citer.. biasala kalu orang pantang.. mestilan pantang. Pantang makan, minum, kuar rumah, bla bla bla. and etc. Aku berpantang kat kampung aku sendri iaitu di Pasir Mas, Kelantan. Maklumla Time mcm ni kita nak manja ngan ibu masing2 kan. Si hari ke 5 aku terus cau blk kg.. Mmg best.. tapi yang tak best nyer mak aku ni cerewet sesgt pasal pantang2 ni.. Aku hanya dibenarkan makan nasi ngan ikan kering jer.. :-(
nak buat macam mana, terpaksala ikut.. Kang nnt tak ikut mulut nyer bising plak.. nak tgk rupa mak aku... haaa...
Puan Hajjah Kamariah Binti Hamzah

Ibu kesayangan yang tercinta, walaupun kuat membebel, tapi hatinye sgt baik..huhuhuh.. mestila baik, nama pun mak kan.. Hal dalam pantang ni malas nak citer panjang k.. just enjoy the photo jer...

Kaka Eyin & Raisha

Saturday, February 25, 2012

Saat Raisha Dilahirkan..

k.. continue citer yang tergantung tu yer..

Hubby sampai hospital dalam kul 8mlm.. tak lama lepas tu nurse dtg bawak aku masuk labour room.. Hati berdebar tuhan saja yang tahu kan.. Tapi masa tu pun masih belum sakit sgt lagi. aku boleh bersembang2 dengan nurse ngan hubby yang setia menemani kat sebelah aku masa tu. Kebetulan doktor pakar masa tu tak available. Tggu punya tggu doktor pun masuk bilik.. Masa tu dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.. Hubby kat sebelah tak putus2 bagi semangat pada aku. sentiasa memberi kata dorongan. dan sentiasa menghuluirkan air untuk aku minum sbb haus.. hehehe...

Doktor pecahkan pecahkan air ketuban. Lepas tu.. hurm.. hanya tuhan saja tahu betapa sakit nyer aku waktu tu. contaction dah semakin kerap. Adoi.. masa ni tuhan saja yang tahu kan betapa sakitnyer hendak bersalin. setelah berjuang hampir sejam jugak la akhirnya aku berjaya.. sucsess.... hehehe.. ni dia keadaan Raisha masa tu...



Masa tu hanya tuhan jgk la yang tahu betapa leganya selepas bertarung nyawa mengeluarkan seorang insan ke dunia ni. fuh!! Hubby cepat2 amik video ni .. pastu sia kene marah dengan doktor pakar tu.. sbb amik video todak dibenarkan hanya boleh amik gambar jer...

Akhirnya aku telah selamat..

Masa ni Raisha sedang dibersihkan oleh kakak2 misi kat sana...


Raisha dengan papa nyer yang tercinta..

Ok.. Begitula alkisah nyer aku dengan Raisha yang mmg merupakan saat-saat paling indah dalam hidup.. Aku sangat2 bersyukur kerana dianugerahkan seorang bayi yang begitu comel sekali.

Nant aku update lagi yer.. byk kisah yang menarik untuk dikongsi dengan blogger...


Hi all...

Hari ni nak update lagi blog aku yang tak berapa nak lengkap ni... seperti yg dijanjikan, aku nak update masa bersalin hari tu... sebelum tu mari kita tgk gambar Raisha yang dah dicandit oleh papan
ya ....
Biodata Puteriku :

Name : Que Raisha Marsella Binti Azharee
B.O Date : 12 September 2011
Berat : 3.6kg
Gender : Of course Gurl
Hosp: Hospital Az-Zarrah, Bangi

Raiha dilahirkan tepat jam 10.08 minit malam.. kesakitan nyer.. mak ai.. tak payah la nak citer sbb semua ibu2 di luar sana yang pernah melahirkan anak tahu macam mana peritnya.

Pada pagi 12 Sept tu aku ader check up dekat Klinik Putrajaya. Oleh kerana aku dah terlebih due hari tu yang seoatutnya due 9 Sept.. Apa lagi kene leter la dengan cik nurse kat sana.. Pastu diorg refer aku kat Hospital Putrajaya... Al kisah nyer sampai kat sana, macam biasa buat check up.. Check up apa yer?... seperti sedia maklum.. kene seluk.. ok, bila nurse cek masa tu baru buka 2cm.. Mak ai.. tapi masa tu belum sakit pun. masih biasa2 jer. Tggu punya tggu ... dah scan baby, dah test itu ini.. nurse cakap aku boleh balik sebb hospital penuh. Nak kene tggu ader katil baru boleh admited. Aku pulak dah tak leh tahan nak bawa perut yang memboyot ni.. aku tanya nurse boleh tak kalu saya mmg nak bersalin, just induce jer.. nurse tu jawab, kalu aku nak bersalin skg pun boleh tapi masalah nyer katil penuh. Kalu nak jugak dia akan transfer aku kat hospital Kajang. Aduss.. HOSPITAL KAJANG!!!.. maaf la nurse. saya rela bersalin kat swasta dr hospital kajang.

Kesudahan nyer, aku disuruh sign surat dr HOSPITAL PUTRAJAYA mengatakan hospital tidak akan menanggung risiko kalu aku bersalin kat tempat lain. No choice, sign jer... Masa ni cik Hubby dah kelam kabut kat luar dewan bersalin. Risau dibuatnya.. So lepas aku kuar dr hospital, perut mmg lapar sgt tak tahan, kebeltula rumah abg ipar mmg kat putrajaya. So singgah makan jap, sambil nak bincang2 ngan hubby nak bersalin kat mana. Smpai jer di rumah, terus melantak tak igt... sbb pikir lepas bersalin nnt dah tak boleh makan sedap2 lagi.. hehehe... kebetulan pulak mak mertua mmg masak sedap hari tu.. So lepas aku aku ke bilik air.. Mak Aii... Kuar darah byk gak la.. terus panik aku.. mcm nmpk gayanya aku mmg nak bersalin dah ni. So lepas makan aku kuar ngan hubby, mak mertua & anak buah hubby menuju ke Hospital Rawatan Islam Az-Zarrah, Bangi. Lepas register, aku duduk termenung mengenangkan bill yang akan mencecah ribuan ringgit.. hehehe..

Seterusnya nama aku dipanggil ke bilik doctor, apa lagi.. kene seluk lagi ker jawab nyer??.. bila doctor cek dah bukak 3cm. penuh darah kat doctor tu,, hehehe.. aku terus dimasukkan ke wad. Alahai, wad pulak penuh, tggl wad VIP jer.. nak tyak nak terpaksala.. mahal gak bilik nyer, besar lak tu. tak teringat lak nak candit photo bilik tu.Rehat kejap, nurse masuk lagi.. adoi kene seluk lagi. Kali ni bukak 4cm.. wah lama gak ler masa nyer.. Sakit?? tak pun.. siap mintak itu ini ngan hubby nak makan.. lepas dah makan2 nak rehat. Hubby Balik antar mak mentua.. tgl la aku sorg2.. sempat juga aku layan mimpi..

Terjaga dari tidur kul 7.oopm sbb nak tgk citer bersiri.. tapi lupa la citer aper masa tu.. igt2 lupa rasanya citer Soffiya.

alamak.. raisha dh bgn.. nnt la smbg citer yer... bye..

I'm Back

Dah bertahun lama nyer aku tak menjenguk blog ni.. rasanya byk bende yang jadi dalam hidup aku. Dan yang paling best sekali ialah Que Raisha Marsella, saper dia ek? tu la anak perempuan aku yang sekarang ni dah nak masuk 6 bulan. sekejap jer masa berlalu kan. masa buka blog ni dulu aku baru jer mendirikan rumah tangga. pastu terus tak update smpi la hari ni... kalu nak flashback balik strory mory yang tertinggal mmg tak la jawab nyer... so aku start dengan story yang terbaru jer la k.

Tapi sebelu tu nak share sikit masa aku start mengadungkan Raisha,. Brerita gembira ni aku share ngan hubby masa tgh kat shopping mall Jusco area rumah. Terasa mcm lambat dtg bulan so aku gi beli pregnantcy test... Tas sabar rasanya nak tggu balik umah, terus g toilet & test.. Result (+).. tandanya.. sah aku preg. Igt nak surprise kan hubby, tapi muka tak leh sorok betapa happy nyer aku.. so terpaksa ckp kat situ gak.. heheh... hasilnya.. wah.. tak leh nak citer betapa besh nyer...

Inilah dia Raisha..




Inilah rupa Raisha bila scan tuk 1st time .. masa tu umur dia 4 bulan.. best kan....

Masa pregnant mmg la org kata mencabar sgt... macam2 kene hadapai sebangai seorang ibu... aku kadang2 xleh nak tahan pun ada.. tapi aku kuatkan semangat demi anakanda tercinta... itula orang kata naluri keibuan tu melekat kuat kat dinding hati aku ni.... nak buat macam mana.. setelah sekian lama menginginkan cahaya mata...

Mengandung Time

Haaa.. ni nak upload sikit gambar masa mengandung... hehehehe.. mmg best sgt2 tau.. rugi ibu2 yang kat luar sana tak merasai sgt2 macam ni... termasuklah kawan aku yang sorang tu,. tapi tu nnt aku citer kemudian k.. nila gambar aku start preg smpi la bersalin.. enjoy k..
4 Bulan Mengandung

Ni 6 Bulan mengandung...

7 Bulan Mengandung..

Ni kalu tak silap 8 bulan..

Ni 9 Bulan....


Ni tgh tggu masa jer ntah bila nak bersalin... hehehe... aku mmg obses sgt mengandung hari tu sbb tu selalu update gambar.. biar ader kenangan aku mengandung. tu belum lagi kalu nak kira update gambar scan.. mmg best sgt leh kumpul2 gambar ni...
aku rasa setakat ni jer la kot dulu.. nnt aku nak sambung update bila DAH bersalin lak.. ok.. hope all enjoy baca blog aku yang tak seberapa ni.. hehehe.. budah baru belajar katakan.. nak buat novel belajar tak lah tggi mana pun...

Wassalam.....

Enny