BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 25, 2012

Hi all...

Hari ni nak update lagi blog aku yang tak berapa nak lengkap ni... seperti yg dijanjikan, aku nak update masa bersalin hari tu... sebelum tu mari kita tgk gambar Raisha yang dah dicandit oleh papan
ya ....
Biodata Puteriku :

Name : Que Raisha Marsella Binti Azharee
B.O Date : 12 September 2011
Berat : 3.6kg
Gender : Of course Gurl
Hosp: Hospital Az-Zarrah, Bangi

Raiha dilahirkan tepat jam 10.08 minit malam.. kesakitan nyer.. mak ai.. tak payah la nak citer sbb semua ibu2 di luar sana yang pernah melahirkan anak tahu macam mana peritnya.

Pada pagi 12 Sept tu aku ader check up dekat Klinik Putrajaya. Oleh kerana aku dah terlebih due hari tu yang seoatutnya due 9 Sept.. Apa lagi kene leter la dengan cik nurse kat sana.. Pastu diorg refer aku kat Hospital Putrajaya... Al kisah nyer sampai kat sana, macam biasa buat check up.. Check up apa yer?... seperti sedia maklum.. kene seluk.. ok, bila nurse cek masa tu baru buka 2cm.. Mak ai.. tapi masa tu belum sakit pun. masih biasa2 jer. Tggu punya tggu ... dah scan baby, dah test itu ini.. nurse cakap aku boleh balik sebb hospital penuh. Nak kene tggu ader katil baru boleh admited. Aku pulak dah tak leh tahan nak bawa perut yang memboyot ni.. aku tanya nurse boleh tak kalu saya mmg nak bersalin, just induce jer.. nurse tu jawab, kalu aku nak bersalin skg pun boleh tapi masalah nyer katil penuh. Kalu nak jugak dia akan transfer aku kat hospital Kajang. Aduss.. HOSPITAL KAJANG!!!.. maaf la nurse. saya rela bersalin kat swasta dr hospital kajang.

Kesudahan nyer, aku disuruh sign surat dr HOSPITAL PUTRAJAYA mengatakan hospital tidak akan menanggung risiko kalu aku bersalin kat tempat lain. No choice, sign jer... Masa ni cik Hubby dah kelam kabut kat luar dewan bersalin. Risau dibuatnya.. So lepas aku kuar dr hospital, perut mmg lapar sgt tak tahan, kebeltula rumah abg ipar mmg kat putrajaya. So singgah makan jap, sambil nak bincang2 ngan hubby nak bersalin kat mana. Smpai jer di rumah, terus melantak tak igt... sbb pikir lepas bersalin nnt dah tak boleh makan sedap2 lagi.. hehehe... kebetulan pulak mak mertua mmg masak sedap hari tu.. So lepas aku aku ke bilik air.. Mak Aii... Kuar darah byk gak la.. terus panik aku.. mcm nmpk gayanya aku mmg nak bersalin dah ni. So lepas makan aku kuar ngan hubby, mak mertua & anak buah hubby menuju ke Hospital Rawatan Islam Az-Zarrah, Bangi. Lepas register, aku duduk termenung mengenangkan bill yang akan mencecah ribuan ringgit.. hehehe..

Seterusnya nama aku dipanggil ke bilik doctor, apa lagi.. kene seluk lagi ker jawab nyer??.. bila doctor cek dah bukak 3cm. penuh darah kat doctor tu,, hehehe.. aku terus dimasukkan ke wad. Alahai, wad pulak penuh, tggl wad VIP jer.. nak tyak nak terpaksala.. mahal gak bilik nyer, besar lak tu. tak teringat lak nak candit photo bilik tu.Rehat kejap, nurse masuk lagi.. adoi kene seluk lagi. Kali ni bukak 4cm.. wah lama gak ler masa nyer.. Sakit?? tak pun.. siap mintak itu ini ngan hubby nak makan.. lepas dah makan2 nak rehat. Hubby Balik antar mak mentua.. tgl la aku sorg2.. sempat juga aku layan mimpi..

Terjaga dari tidur kul 7.oopm sbb nak tgk citer bersiri.. tapi lupa la citer aper masa tu.. igt2 lupa rasanya citer Soffiya.

alamak.. raisha dh bgn.. nnt la smbg citer yer... bye..

0 comments: