BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 16, 2012

Hai semua,

Minggu lepas mak mentua ke Mekah, ader la buat kenduri doa selamat untuk saudara mara dtg berkunjung di pagi Ahad. Aku macam biasa tetamu terawal dtg. nak tolong siapkan apa2 yang patut. Makanan mmg sedap, tapi diorder saja oleh ipar2 ku. Yang best nyer diaorg order semua makanan kat satu kedai di Cyberjaya, kedai orang Kelantan. Dan tugasku pulak, siapkan budu dengan rencah2 nyer. Tapi tak plak sempat nak snap gambar.


Thursday, March 15, 2012

Sambungan nyer...

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku ader cerita nak kongsi dengan semua. Igt lagi tak pasal product shaklee yang aku ckp tempoh hari pasal supplement untuk bykkan susu ibu. Aku dah try product ni. Masuk hari ni dah 4 hari aku makan. Tapi masih belum ader aper2 perubahan lagi. Cuma susu yang di pam tu bertukat warna mcm nak hijau kuning gitu.. Mungkin di sebabkan Alfafa yang aku amik tu. Org ckp khasiatnyer turun kat susu... MMG pon...

Aku ader amik gambar nya, tapi nnt la aku upload... sekarang mood ader nak menulis tapi masa jer tak der... Aku nak bersenang2 ngan encik hubby menonton tv.. huhuhu...

Nanti rajin aku update lagi result dia pasal susu ni ngan gambarnyer sekali..

Daaaa...

Wednesday, March 7, 2012


Sila klik link kat atas tu untuk tahu dengan lebih lanjut pasal product ni.
Pasti Berkesan. Aku baru nak start mencuba disebabkan kekurangan susu sekarang ni. Kesian pulak aku dengan puteriku yang dirumah ni. Hari ni pam pun baru dapat 6oz. Cedih sgt tau.
Hasil pam hari ni..

Bila aku terbaca blog2 si ibu2 yang telah berjaya menghasilkan stok2 EBM ni, aku jadi teruja nak join sekali. Maklum la, Raisha skg masih lagi Brest Feeding. Cuma sekarang ni susu macam kurang dihasilkan. Mungkin disebabkan tekanan ditempat kerja or etc. Aku pun tak berapa pasti. Yang aku pasti aku nak cuba hasilkan susu yang byk seperti ibu2 lain yang berjaya menggunakan product ni.

Product ni mmg byk catergory, so aku nak cuba Set B. Set B ni terdiri daripada Vit C, Vit B, Alfafa & Vitalea. Aku pun tak tahu ape kebenda nya tu.. hehehe... Untuk Set B ni RM80.00. Murah, sbb tu nak cuba yang tu dulu.

Ok semua, aku cuba dulu product Set B ni. Nanti hasilkan aku share ngan semua ok.

Sekian Terima Kasih..

Amin..

Selamat Mencuba Enny...

Cayoo Cayoo...

P/S: Untuk keterangan lanjut bolehla join blog Mommy Iskandar yer...

16 Fakta Menarik Bayi Baru Lahir
 
1.Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2.Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3.Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4.Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5.Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6.Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7.Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8.Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9.Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10.Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11.Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12.Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15.Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16.Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Thursday, March 1, 2012

KAPMA 2011

Anda semua tahu tak apa itu KAPMA? haa... kalu nak tahu KAPMA ada Kelab Automotif Produa Malaysia. Kelan untuk semua pengguna kereta produa kat Malaysia ni.

Kelab ni kalu setiap tahun akan mengadakan Roadtour. Macam buat tast la, sukaneka la, macam2 la. Macam2 task nak kene buat sebelum sampai ke destination yang dituju. Contohnya untuk taahun 2011 KAPMA ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Dari KL kiat bertolak dari pukul 8am ke Melaka. SEbelum ke Melaka kene lah berhenti ke Pit Stop yang disediakan. Best jugakla. So pada sesiapa yang pakai kete produa yang masih belum berdaftar boleh mendaftarkan kenderaan anda di Kelab Produa. So tahun ni boleh la join sekali. Untuk tahun ni aku masih belum pasti kemana pulak destination kali ni. Mungkin ke Pahang, atau mungkin ke Kelantan or mungkin ke Perak. Kita tggu jer la nnt.

Untuk KAPMA kita akan disediakan tempat penginapan yang 1st class tau. Makan minum ditanggung. Breakfirst, Lunch & Dinner. Malam pertama di hotel, ader Dinner. Siap ade artis jemputan lagi, ade jugak cabutan bertuah. Tapi yang paling best walaupun cabutan bertuah, tetapi setiap peserta mesti akan dapat hadiah jugak.

Mari kita tgk photo2 yang telah dia candit semasa KAPMA 2011.

 Muka Cik Hubby Kene Makan Dodol
 Nyum Nyum..
 Last Kopek nih..
 Task : Setiap peserta diwajibkan menghabiskan 2 bekas dodol. Satu setiap orang.
 Memang masa ni dah terpikir, inilah kali terakhir aku makan dodol.. hehehe
Ini masa Pit Stop untuk task Bola Padang.. Kat Muzium Lukut, Negeri 9

Dalam petang jugakla baru smpi kat Bandar Melaka. PENAT? mmg penat giler.. Tapi fun & enjoy. So malam tu ade dinner.... Atris undangan saper? Nadia AF.. tapi sory la.. xamik pun gambar nadia tu... buat semak jer camera.. hehehe

  
 
 Hadiah nyer. Aku and hubby dapat Steamer Iron, kakar ipar pulak dapat hair dryer...
 Oh ya, tak lupa dapat gelas Ikea yng warna warni tu dalam troller Raisha..

Kesian anak mama masa ni tak leh tido sbb suasan bising sgt2. dah la masa tu dia baby sgt2 lagi.. umur Riasha masa ni belum pun samapai 50 hari. Mama nyer pulak baru habis pantang.. huhuh

Keesokkan Harinya, hari melawat Bandar Melaka.
Naik Beca & Naik Cruise

 






 





Sekian...


Wednesday, February 29, 2012

Apad Android

Selamat Tengahari to all..

Hari ni nak update pasal sekarang ni org sume sibuk pasal Ipad kan... ni aku pula nak citer pasal Apad... apaa barang nyer... haa... ni dia

Apad Android
Here's the specs given on the site:


-CPU: Rockchip 2808A 600MHz / 500MHz DSP (Dual-Core)
-RAM: 128mb ROM: 4GB (2GB-32GB optional)
-TF card extension maximal 16GB
-7.0 inch WVGA 800*400 pixels touch screen
-WIFI support 802.11b/g
-Google map
-Browser: Google Browser
-Video support: MKV, AVI, RM/RMVB, FLV, MPEG-1, MPEG-2
-Music support: MP3, WMA, APE, FLAC, AAC, AC3, WAV
-Photo support: JPEG, BMP, GIF, PNG, TIFF
-G-sensor support
-Built-in 3000mAH rechargeable battery
-Dimensions (L*W*H): 190.5*118.5*14.7 mm
-weight: 332g

Semalam aku ader la tanya sorang kakak ni yang mmg bergiat pantas bab2 online sale ni... hari2 ader jer barangan yang di postkan kat facebook. So aku terpandang la satu iklan yang aku dah postkan kat atas tu.. Iaitu APAD ANDROID. Aku berkenan ni sbb nak beli tuk puteri kesayanganku Raisha, sbb dia suka tgk video kanak2 kat youtube... tu yang nak beli tu...

Aku booking awal2 ngan kakak tu sbb dalam hati mmg nak beli.. Rupanya bukan aku sorang jer yang minat. Ramai jugak yang minat sbb dia jual harga promosi RM350.00 jer.. sampaila 5 March ni. Pastu harga dia jual nnt mungkin dalam RM600++. So cepat2 order. Member kat sebelah ckp minat tapi tak bagi kata putus. So hari ni call, stok dah habis tuk harga ni. Punya lah frust menonggeng member aku ni.. Tapi tak pe.. Aku dah try bodek kakak tu supaya dapat beli lagi satu tuk harga promosi tu.. huhuhu...

Oklah.. ni update masa kat ofis. Hati tak senang sbb takut bos masuk lak.. Kang nnt kantoi.. hehehe

Arios Amigos

Sunday, February 26, 2012

Berpantang

Kalau nak citer kisah dalam pantang tu tak der la byk sgt citer.. biasala kalu orang pantang.. mestilan pantang. Pantang makan, minum, kuar rumah, bla bla bla. and etc. Aku berpantang kat kampung aku sendri iaitu di Pasir Mas, Kelantan. Maklumla Time mcm ni kita nak manja ngan ibu masing2 kan. Si hari ke 5 aku terus cau blk kg.. Mmg best.. tapi yang tak best nyer mak aku ni cerewet sesgt pasal pantang2 ni.. Aku hanya dibenarkan makan nasi ngan ikan kering jer.. :-(
nak buat macam mana, terpaksala ikut.. Kang nnt tak ikut mulut nyer bising plak.. nak tgk rupa mak aku... haaa...
Puan Hajjah Kamariah Binti Hamzah

Ibu kesayangan yang tercinta, walaupun kuat membebel, tapi hatinye sgt baik..huhuhuh.. mestila baik, nama pun mak kan.. Hal dalam pantang ni malas nak citer panjang k.. just enjoy the photo jer...

Kaka Eyin & Raisha